JAKARTA – Sepasang pengantin baru di Indonesia nekad meneruskan majlis perkahwinan mereka, meskipun khemah yang dipasang terbang ditiup angin kencang, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Ponorogo, wilayah Jawa Barat.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ponorogo_trending menunjukkan khemah ‘terbang’ ditiup angin sebelum jatuh di belakang pelamin.
Lebih menyedihkan, khemah itu patah menyebabkan ia tidak boleh dipasang semula.
Bagaimanapun, majlis perkahwinan itu tetap diteruskan tanpa khemah dan bertemakan ‘outdoor’.
Ketua desa Wates Slahung, Suyadi berkata, hari istimewa mereka berjalan dengan lancar meskipun ditimpa dugaan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 20,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Doa bekas kekasih dimakbulkan,” kata seorang netizen bergurau. – AGENSI