fbpx

Kastam rampas minuman keras RM2.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Ghafar (tengah) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Perak, minggu lalu.

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas minuman keras bernilai RM2.8 juta dalam tiga serbuan berasingan di Bandar Sri Damansara dan Ipoh, minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, ketiga-tiga serbuan itu dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Pengkalan Hulu.

Katanya, dalam serbuan pertama di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu pukul 4.30 petang, telah menemukan 6,100.6 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM557,346.26.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua lagi serbuan yang dijalankan di Ipoh pada 18 Oktober lalu antara pukul 1 hingga 3 petang pula menemukan minuman keras masing-masing seberat 17,477.90 dan 9,278.64 liter.

Katanya, nilai duti termasuk cukai minuman keras disyaki barang tidak berkastam itu dianggarkan berjumlah RM1,695,219.60 dan RM557,346.06.

“Dalam dua serbuan ini, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI