fbpx

Jasad dua anak terbujur kaku dalam parit – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Rasul (kiri) dan Qoyum yang lemas dalam parit di Kampung Melaka, Tanjong Karang, Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA SELANGOR – “Air mata ini mencurah selepas melihat jasad mereka terbujur kaku dan saya kehilangan dua anak dalam sekelip mata,”.

Itu rintihan pilu seorang bapa selepas menemukan dua anak lelakinya yang lemas di kawasan parit Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini, semalam.

Tragedi hitam itu menimpa Allahyarham Mohd. Rasul Iman Muhammad, 9 dan adiknya, Allahyarham Mohd. Abd. Qoyum, 7, yang tenggelam dalam parit berkenaan sedalam lebih 1.5 meter.

Muhammad Yahya, 58, berkata ketika kejadian dia mahu pulang ke rumah selepas memasak di rumah kenduri kenalannya di kampung itu, kira-kira pukul 6.30 petang.

“Namun, saya pelik melihat Rasul dan Qoyum tiada sebelum segera mencari mereka di seluruh kawasan kampung namun gagal.

“Saya kemudian ternampak bola dan selipar mereka dalam sebuah parit dan turun bagi mendapatkan kepastian,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Parit 1 Sungai Burong di sini, hari ini.

Menurut bapa kepada lima anak itu, hatinya luluh selepas menemui jasad Qoyum di dalam parit tersebut.

“Sebaik mengangkat dan meletakkan mayat itu di tebing, saya turun semula ke parit bagi mencari seorang lagi anak.

“Tidak lama kemudian, saya turut menemukan jasad Rasul tidak jauh daripada adiknya itu,” ujarnya.

Tambah Muhammad, anak ketiga dan keempat itu mengikutnya untuk menyediakan juadah majlis kenduri arwah pada sebelah malam.

“Saya bantu memasak nasi dan lauk kicap di rumah rakan yang turut mengadakan majlis kenduri kahwin pada hari ini (Sabtu).

“Tidak sangka pula permintaan terakhir mereka itu menjadi petanda mereka pergi buat selamanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI