fbpx

Jangan salah erti kenyataan saya – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta agar kenyataannya mengenai perbuatan sekumpulan individu mengibarkan bendera negara China dalam satu acara di Teluk Intan, baru-baru ini tidak disalah erti.

Menurut Saarani, pendirian kerajaan negeri sangat jelas bahawa apa sahaja kegiatan dalam mana-mana penganjuran atau perhimpunan adalah tidak menjadi kesalahan selagi ia memenuhi dan mengikuti peraturan serta undang-undang sedia ada.

Jelas beliau, perbuatan yang menjadi kesalahan adalah jika ada mana-mana warga Malaysia mengibarkan bendera asing kerana ia adalah tindakan yang dilihat mengagung-agungkan negara lain.

“Tindakan mana-mana warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara bukan sesuatu yang janggal, malah pemandangan sedemikian biasa dilihat dalam banyak perhimpunan di luar negara termasuk dalam temasya sukan.

“Bagaimanapun, perbuatan itu tetap tertakluk dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Saarani meminta semua pihak memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas jika ada berlaku pelanggaran terhadap peraturan atau undang-undang sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI