fbpx

Helikopter EC 725 AP TUDM ‘terbangkan’ bantuan ke Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan khas TUDM yang menyertai misi bantuan ke Filipina pagi tadi menggunakan helikopter EC 725 AP.

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak sebuah helikopter EC 725 AP bagi melaksanakan Bantuan Misi Kemanusiaan (HADR) susulan Taufan Tropika Kristine (Trami) yang telah menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Filipina.

Menerusi satu kenyataan, TUDM berkata, misi tersebut telah dilaksanakan oleh pasukan No 5 Skuadron, Pangkalan Udara (PU) Labuan dan telah berlepas pada pukul 7 pagi tadi dari PU Labuan ke Pangkalan Udara Villamor di Manila.

Jelas TUDM, penerbangan itu mengambil masa 5 jam 30 minit dan pasukan TUDM akan melaksanakan persinggahan di Pangkalan Udara Autonio Bautista terlebih dahulu
bagi pengisian minyak.

“Aturgerak aset TUDM ini adalah bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan menyokong Kerajaan Filipina untuk bantuan logistik udara bagi mobilisasi barangan bantuan bencana kepada rakyat mereka di sekitar kawasan terjejas bencana,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, TUDM berkata, misi tersebut diketuai oleh Mejar Thaddeus Raphael ak Azis @ Sait TUDM bersama 15 pegawai dan anggota TUDM yang lain.

Mereka terdiri daripada dua juruterbang, seorang pembantu juruterbamg, dua pegawai kejuruteraan, dua kuartermaster udara, lima juruteknik pesawat dan empat anggota Pasukan Khas TUDM (Paskau).

“Pangkalan Udara Vilamor akan menjadi stesen utama bagi misi bantuan ini sebelum pasukan TUDM akan diaturgerak ke kawasan bencana yang diperlukan untuk penghantaran bantuan oleh Kerajaan Filipina.

“Ia termasuk ke Lapangan Terbang Pili di Naga City dan Lapangan Terbang Antarabangsa di Daragay Albay,”jelas TUDM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI