fbpx

EPL: Villa enggan nasib malang seperti Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA (jersi merah) masih segar dengan kejayaan menewaskan Bologna 1-0 dalam aksi UCL baru-baru ini. - AFP

LONDON – Tonggak pertahanan Aston Villa, Pau Torres percaya pengendali Bournemouth, Andoni Iraola sentiasa mempunyai muslihat untuk mengecewakan mana-mana pasukan lawan.

Walaupun akan bermain di tempat sendiri di Villa Park tetapi Torres mengakui cukup masak dengan kualiti Iraola kerana sudah mempunyai pengalaman menentang pengurus itu ketika beliau membimbing Rayo Vallecano.

“Beliau adalah jurulatih yang bagus, sentiasa menerapkan struktur yang baik buat pasukan ketika berada dalam padang. Beliau sentiasa mencari kelemahan pasukan lawan.

“Kami perlu kekal fokus di barisan belakang kerana mereka pasti akan membuat hantaran di belakang pertahanan. Mereka juga mampu beri tekanan yang berkualiti malah permainan pasukan yang dibimbing Iraola sentiasa tersusun,” katanya.

Selepas kekal tanpa kalah dalam enam aksi terakhir termasuk dua kemenangan sebelum ini, Torres juga menegaskan bahawa Villa perlu kekalkan momentum berkenaan menjelang aksi bertemu Bournemouth malam ini.

Sebarang kelekaan mampu menjadikan Villa mangsa kedua berturut-turut buat Bournemouth yang sebelum ini mencipta kejutan hebat menewaskan Arsenal 2-0 di Vitality Park minggu lalu.

Sehubungan itu, Villa tiada pilihan kecuali mengekalkan rentak positif, lebih-lebih lagi selepas mereka ketika ini cemerlang menerajui tangga teratas Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Sangat penting untuk kami kekalkan cara permainan kami di saingan EPL. Selepas berdepan kesukaran di pentas Eropah, Bournemouth juga akan berikan cabaran, namun kami kena kekal kuat di laman sendiri,” ujar Torres. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI