PETALING JAYA – Pelakon Alif Hadi mengakui pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas selepas tujuh tahun berkahwin.
Memegang status duda, Alif, 36, berkata, perkahwinan tersebut dibina sekitar tahun 2011.
“Paling lama saya dalam perhubungan ialah 10 tahun dan itu merupakan perkahwinan pertama. Kami bercinta selama setahun, bertunang dan tujuh tahun berkahwin.
“Ramai orang tidak tahu perkara ini, saya berkahwin ketika usia 23 tahun. Tamat pengajian dan terus kahwin.
“Namun, sekarang orang tahulah, saya seorang duda yang mungkin terlajak laris,” katanya dalam satu temu bual podcast.
Dalam masa sama, Alif mengakui lebih tertarik kepada akan wanita yang lebih berusia daripadanya.
“Bekas isteri saya empat tahun lebih tua daripada saya. Tak tahu mengapa saya suka wanita yang lebih berusia.
“Namun, saya bazirkan selama tujuh tahun itu untuk hidup dengan orang lain.
“Kita kalau hilang orang tak mengapa, jangan hilang diri sendiri. Perkara itu boleh membuatkan kita jadi gila,” ujarnya.
Terdahulu, Alif mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres, Yasmin Hani terlerai sekitar tiga bulan lalu. – KOSMO! ONLINE