fbpx

Warden cabul penghuni rumah anak yatim dipenjara 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang warden sebuah rumah anak yatim di Perak diperintah menjalani hukuman penjara empat tahun dan dikenakan dua sebatan atas dua kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang penghuni rumah berkenaan, empat tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan lelaki berusia 42 tahun itu terhadap hukuman manakala rayuan terhadap sabitan ditolak.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md. Nurdin mengurangkannya daripada hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada 10 Julai 2023.

Beliau turut mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen agar perayu menjalani kaunseling pemulihan ketika dalam penjara dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tempoh pemenjaraan.

Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi menyampaikan keputusan pada 2 Ogos lalu.

Bagi setiap pertuduhan, lelaki tersebut didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada masa berlainan kira-kira pukul 4 pagi, 19 Mac 2020 dan 3 pagi, keesokannya di sebuah tapak perkhemahan di Bukit Gantang, Taiping.

Menurut naratif pendakwaan, mangsa dicabul di tapak perkhemahan itu selepas beberapa bulan sebahagian penghuni-penghuni dipindahkan ke situ ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI