fbpx

[VIDEO] Pakai ilmu makrifat atau suntingan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV dimuat naik di platform X.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila dikatakan berjaya mengalihkan sebuah kereta yang diletakkan secara ‘double park’ tanpa menyentuh langsung kenderaan tersebut.

Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di platform X, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire hitam dilihat berhenti dan meletakkan kenderaan di sebelah sebuah Perodua Alza hitam di kawasan parkir. Pemilik Vellfire kemudian keluar dan mengunci keretanya.

Beberapa saat kemudian, pemilik Perodua Alza itu muncul dan bertindak mengangkat tangannya ke arah hadapan MPV tersebut.

Mengejutkan, Toyota Vellfire itu tiba-tiba mengundur dengan sendiri tanpa ditolak oleh lelaki itu mahupun sesiapa di sekitar kawasan tersebut.

Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan kotak parkir tanpa sebarang masalah.

“Tak tahu nak percaya ke tak tapi cuba semua tengok betul-betul macam mana dia tolak kereta tu yang ‘double park’. Ilmu makrifat apa dia pakai?,” tulis pemuat naik di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, aksi ini mengundang puluhan komen pengguna media sosial yang rata-rata tidak percaya dengan apa yang disaksikan.

Ramai di ruangan komen mendakwa, video tersebut telah disunting atau dimanipulasi, manakala yang lain teruja dengan ‘keajaiban’ yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.

“Pantulan cahaya lampu depan pada kereta satu lagi, padahal dah tutup. Nampak sangat disunting dan satu lagi, zoom betul-betul pada tayar. Kejap kecil, kejap besar. Ni aku dah cuba sunting guna ‘capcut’. Dia ‘kejungkan’ tayar je, benda boleh sunting. Nama fail pun tak sama dengan yang lain. Ambil video dari telefon pun tak penuh,” komen Yana.

“Suntingan dia bergaya lah, cermin sisi Vellfire tak buka dan kereta macam seret je ke belakang. Tayar pun tak berpusing,” ujar Adzman Kamarudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI