fbpx

[VIDEO] Bandar Elmina jadi tempat lepak mat rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lambakan mat rempit di Bandar Elmina setiap kali hujung minggu.

PETALING JAYA – Kawasan perumahan nampak mewah dan cantik tetapi penuh mat rempit.

Itu situasi yang perlu dihadapi penduduk di sekitar kawasan Bandar Elmina, Sungai Buloh, Selangor susulan kehadiran sekumpulan mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman di kawasan berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi X, kelihatan lambakan mat rempit berkumpul di tepi-tepi jalan selain ada yang bergerak berkumpulan secara perlahan di sekitar kawasan perumahan berkenaan tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

“Kawasan cantik, mahal. Orang kata nak hidup aman damai. Datang mat rempit mengacau pula,” kata Handy.

“Setiap hujung minggu ya keadaan Elmina begini. Tempat elok cantik dan aman, datang ‘sampah’ ini terus hilang. Sakit hati kalau lalu situ,” kata Zulaika.

“Tiap hujung minggu memang beginilah dekat bulatan besar Elmina. Mereka akan letak motosikal keliling situ menghadap jalan, lelaki perempuan sama naik. Dahlah rata-rata Elmina ni rumah mewah, mana tak bingit penduduk beli rumah mahal tapi rasa macam duduk di Litar Sepang,” kata Serigala.

Sementara itu, SimeDarby Property turut mengeluarkan satu kenyataan berhubung lambakan mat rempit di sekitar bandar berkenaan.

Katanya, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi melaksanakan penguatkuasaan.

“Kami ingin memberi perhatian kepada penduduk yang terkesan dengan lambakan mat rempit terutamanya di Perbandaran Elmina West bahawa kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

“Polis Bantuan kami akan terus melakukan rondaan di lokasi tumpuan dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI