fbpx

‘Tolong jangan buang masa bercinta dengan lelaki buruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina Anjoulie menasihati wanita di luar sana agar berhati-hati dalam memilih cinta.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menasihati wanita-wanita di luar sana agar tidak bercinta dengan lelaki berwajah buruk.

Menurut Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, lelaki berwajah buruk lebih cenderung untuk mengambil kesempatan terhadap wanita.

“Jangan buang masa untuk bercinta dengan lelaki yang taraf lebih rendah berbanding anda terutamanya yang berwajah buruk.

“Jangan kasihan sebab lelaki itu berwajah buruk atau tak ada kerja. Jangan! Terutamanya yang hodoh. Jangan buang masa sebab mereka akan gunakan anda untuk kepentingan diri sendiri.

“Kau ingat keluar dengan lelaki buruk mereka tidak akan mempermainkan kau? Lagi sakit jika dipermainkan dengan lelaki buruk.

“Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau permainkan aku,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Tambah pelakon drama rantaian Anak Pontianak itu lagi, dia bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri dan tidak mahu wanita di luar sana mengikut jejak langkahnya.

“Dengarlah cakap aku. Aku dah kena banyak kali. Jadi bercintalah lelaki yang sama level dengan anda,” tegasnya.

Zarina sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali. Bagaimanapun, kedua-dua perkahwinan tersebut bertemu titik noktah.

Dia kemudian bertunang dengan seorang duda yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzy, namun hubungan mereka turut terkandas di tengah jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI