fbpx

RUU tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah disifatkan tiada kaitan dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kajian mengenai penggubalan akta tersebut telah dilakukan tahun lalu dan ia bukannya perkara baharu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, konteks menyeluruh mengenai kajian akta itu telah dijelaskan dalam mesyuarat Dasar Sosial Negara baru-baru ini.

“Tindakan kepada mewujudkan satu akta baharu berkaitan tahanan di rumah itu telah bermula seawal tahun lalu dalam konteks yang disebut sebagai peralihan.

“Konsep akta itu bermaksud peralihan daripada punitif kepada pemulihan keadilan dimana seseorang individu yang telah didapati bersalah kembali ke dalam komuniti,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, satu projek perintis telah dilaksanakan membabitkan lebih kurang 5,000 banduan yang disebut sebagai rehabilitasi dalam komuniti.

Fahmi berkata, hasil projek rintis itu mendapati, kadar kembali melakukan kesalahan (residivisme) telah turun kepada 15 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI