fbpx

Ribut Chukai: KPM lulus RM300,000 baiki kerosakan enam sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan kerosakan akibat ribut di SMA Al Falah, Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan segera RM300,000 bagi kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan enam buah sekolah terjejas ekoran ribut dan hujan air batu di Chukai di sini pada kelmarin.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, enam sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Chukai, SMK Bukit Mentok, SMK Sultan Ismail, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, SK Bukit Mentok dan SK Seri Kemaman.

“Alhamdulillah KPM telah meluluskan sebanyak RM300,000 untuk pembaikian sekolah-sekolah terlibat yang kebanyakannya mengalami kebocoran bumbung terutama pada bilik-bilik khas seperti bilik komputer.

“Kerja-kerja pembersihan serpihan bumbung dan runtuhan telah dilakukan semalam sebelum kerja-kerja pembaikian dimulakan,” katanya di sini hari ini.

Jelani berkata, kesemua enam sekolah ini termasuk dua sekolah yang diberikan cuti peristiwa semalam iaitu SK Seri Iman dan SK Seri Kemaman dijangka akan dapat memulakan sesi pembelajaran pada lusa.

Tambah beliau, sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Al Falah yang juga terjejas teruk akibat ribut itu pula sedang dinilai kerosakan dan kos pembaikiannya oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).

Kosmo! hari ini melaporkan tujuh sekolah dan 244 rumah penduduk di sembilan perkampungan di sekitar Chukai mengalami kerosakan alibat ribut dan hujan air batu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI