fbpx

Ramai gesa KPM lulus pertukaran Cikgu Din jaga isteri kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Din bersama isteri dan anaknya.

PETALING JAYA – Kisah seorang guru di Sarawak dikenali sebagai Cikgu Din terus mendapat perhatian ramai apabila dia diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser tahap empat.

Pada awalanya, rakan Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar, Harimah Abd. Rahman tampil mendedahkan liku hidup diharungi rakannya itu apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tersayang, Nur Atiqah My Yusoff yang bergelut dengan masalah kesihatan kronik di Kota Bharu, Kelantan.

Harimah turut berkongsi keratan surat permohonan pertukaran yang dikemukakan Cikgu Din kepada pihak Kementerian Pendidikan (KPM), namun ia tidak diluluskan.

Semalam, KPM dalam kenyataan memaklumkan, guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya selain kementerian itu akan mengadakan satu pertemuan dengan Cikgu Din dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata orang ramai menggesa pihak KPM untuk meluluskan permohonan pertukaran Cikgu Dik untuk mengajar di sekolah berdekatan isterinya.

“Kalau tak dapat sekolah satu kampung, boleh pertimbang satu daerah, atau sekurangnya-kurangnya satu Kelantan,” kata Azizah Nawar.

“Pesakit kanser tahap empat ni, tempoh mereka tidak lama, apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Kalau dah jauh Sarawak dengan Kelantan, sempat ka nak terbang balik kalau isteri nazak? Sempat nak bisikkan kalimah syahadah?

“Sememangnya isteri Cikgu Din perlukan Cikgu Din di sisi. Kami rayu pada KPM untuk lebih prihatin, YB Fadhlina bantu Cikgu Din, luluskan permohonan pertukarannya,” luah Ahmad Baduri.

Sementara itu, ramai turut meninggalkan kata-kata semangat kepada Cikgu Din dan keluarga agar kuat menempuhi ujian hidup selain mereka mendoakan agar kebaikan pendidik tersebut akan dibalas dengan hadiah pertukaran sekolah satu hari nanti.

“Cikgu manfaatkan dulu cuti yang diberi, kami semua doakan cikgu dapat tukar sekolah dekat dengan isteri agar dapat terus berbakti menjaga permaisuri hati cikgu,” ujar Alyy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI