fbpx

Pusat karaoke saji gadis pelayan Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Solaris, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur membongkarkan kegiatan sebuah pusat karaoke (KTV) dipercayai menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Korea Selatan, di Solaris, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan Op Gegar yang dijalankan pada pukul 12.30 tengah malam itu turut menahan 11 warga Korea Selatan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Difahamkan, premis dua tingkat itu mengenakan bayaran sekitar RM300 hingga RM500 untuk khidmat layanan wanita Korea Selatan.

Dalam serbuan tersebut, JIM terpaksa memecahkan pintu pusat hiburan berkenaan ekoran pemilik premis enggan memberikan kerjasama.

Beberapa cubaan melarikan diri dan bersembunyi dilakukan warga asing yang melakukan kesalahan, namun berjaya dipatahkan pasukan serbuan.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya menahan 11 warga Korea Selatan membabitkan enam lelaki dan lima wanita.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Korea Selatan.

“Premis itu dipercayai menerima pelanggan dalam kalangan warga Korea secara tempahan dalam talian mahu pun yang datang secara terus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan, malam tadi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI