fbpx

Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah berkaitan buli siber diluluskan secara dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini meluluskan secara dasar berhubung pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan buli siber di laman media sosial di mana Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dijangka dibawa ke Parlimen pada sidang kali ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain itu, RUU Keselamatan Dalam Talian juga akan dibawa ke Parlimen dalam usaha memastikan penggunaan internet selamat khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga.

“Saya tegaskan secara keseluruhan ini ialah langkah yang perlu kita ambil untuk tutup kelompongan dengan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang menjadi pembuli siber.

“Ketika ini, dapatan kajian daripada pihak kerajaan menunjukkan tidak ada takrif tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber. Jadi, ini akan dibawa ke Parlimen,” katanya pada sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi hari ini.

Susulan itu, Fahmi berkata, pihaknya menjangkakan RUU berkenaan bakal dibentang pada sesi Parlimen untuk bacaan kali kedua pada Disember depan.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan di negara ini.

Katanya, ia bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya membabitkan kanak-kanak.

“Negara-negara yang mencanang kebebasan keterlaluan kini telah mengambil beberapa tindakan untuk mengekang keterlanjuran, termasuk yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial.

“Ancaman siber kini semakin menggugat tata hidup bermasyarakat dan menjadi lebih membimbangkan.

“Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI