fbpx

Penyeludup tinggal rokok seludup RM330,000 dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak yang berisi rokok seludup yang dirampas di kawasan semak berhampiran pangkalan haram Pos Rela, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

PASIR MAS – Sindiket penyeludup tidak sempat mengambil sebanyak 300,000 batang rokok bernilai RM330,000 yang ditinggalkan di kawasan semak selepas barangan tersebut dirampas anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Pos Rela di sini, semalam.

Rampasan itu dijalankan kira-kira pukul 1 pagi semasa anggota PGA menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas melihat longgokan kotak-kotak berada di kawasan semasa menjalankan rondaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kotak-kotak itu mengandungi lebih 300,000 batang rokok yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Keseluruhan rampasan rokok itu dianggarkan bernilai RM 330,000. Rokok-rokok itu dipercayai diseludup untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Kesemua rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI