fbpx

Pendaftaran plat MADANI catat kutipan hasil RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu melancarkan nombor pendaftaran khas MADANI baru-baru ini.

PUTRAJAYA- Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri MADANI yang dibuka bermula 19 hingga 23 Oktober lalu bagi menyemarakkan semangat dan penghayatan Malaysia MADANI berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM2.6 juta.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, berdasarkan rekod bidaan, MADANI 6 merupakan NPI dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM68,888.

“MADANI 5 berada ditempat kedua tertinggi dengan harga RM58,001, manakala MADANI 4 dengan nilai RM55,000, MADANI (RM51,111) dan MADANI 33 (RM42,110).

“NPI Siri MADANI ini juga telah menunjukkan sambutan daripada pembida dalam menyokong agenda MADANI Malaysia di mana secara tidak langsung mempromosikan nilai madani yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 5,632 orang di mana sebanyak 3,263 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

“Lima nombor yang paling banyak dibida ialah MADANI 1118 seramai iaitu 17 pembida, MADANI 8055 seramai 15 pembida, MADANI 998 (13 pembida), MADANI 1305 (13 pembida) seterusnya MADANI 113 (12 pembida).

“Hasil bidaan NPI Siri MADANI ini adalah merupakan usaha Kementerian Pengangkutan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, subsidi FlySISWA dan pelbagai lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI