fbpx

Pekerja kilang diserang strok perlu RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KAMAL kini dirawat di sebuah hospital di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Seorang pekerja kilang, Mohd. Kamal Sabidi Hamid memerlukan bantuan daripada orang ramai sebanyak RM50,000 bagi menjalani pembedahan akibat diserang angin ahmar.

Mohd. Kamal, 49, disahkan menghidap strok setelah terjatuh di tempat kerja baru-baru ini dan tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi.

Ketika ini, hanya dia seorang yang bekerja bagi menampung isteri yang merupakan suri rumah dan tiga anak berusia antara 18 hingga 25 tahun. Ada dalam kalangan anaknya baru habis bersekolah dan baru bekerja.

Pengerusi badan amal One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keada­an Mohd. Kamal yang menetap di Serdang, Kedah itu tiba-tiba berubah lemah dan jatuh ke lantai ketika berada di tempat kerja.

“Dia dikejarkan ke hospital oleh rakan sekerja dan doktor mendapati lelaki itu mengalami tekanan darah tinggi serta disahkan diserang strok.

“Mohd. Kamal ada menghidap penyakit darah tinggi dan mengambil ubat mengikut masa, selain sering menjalani pemeriksaan mengikut jadual,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, Mohd. Kamal perlu segera menjalani pembedahan trombektomi dan memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos itu kerana keluarganya tidak berkemampuan.

“Keluarganya telah tampil ke pejabat One Hope Charity and Welfare untuk memohon bantuan dan kita akan membantunya mengumpul dana itu.

“Mohd. Kamal telah bekerja di bahagian pembungkusan kilang sejak 30 tahun lalu, manakala isterinya, Hamisyon Khadir berusia 52 tahun seorang suri rumah,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity and Welfare (3201428817) atau menghubungi talian hotline 04-539 9212, 016-419 2192, 019-232 2192, 018-911 4192.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI