fbpx

Pang Ron-Su Yin mampu lonjak lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANG RON (belakang) dan Su Yin menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam lima kejohanan terakhir mereka.

PRESTASI beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin boleh dianggap cukup konsisten setakat ini apabila berjaya melangkah sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam empat kejohanan terakhir sebelum Terbuka Denmark di Odense minggu lalu.

Pasangan No. 28 dunia itu meneruskan kemaraan hingga ke suku akhir pada Terbuka Arctic di Vantaa, Finland sebelum tewas 19-21, 15-21 kepada beregu berpengalaman negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Kedudukan ranking mereka juga boleh dianggap melonjak dengan cukup baik memandangkan Pang Ron-Su Yin memulakan kempen musim ini di kedudukan ke-92 dunia pada Januari lalu dan sekarang melonjak ke No. 24 dunia.

Bagaimanapun, Pang Ron-Su Yin terkandas di pusingan kedua sewaktu Terbuka Denmark apabila tewas 8-21, 23-21, 14-21 kepada Jiang Zhenbang-Wei Yaxin yang akhirnya muncul naib juara selepas dikecewakan rakan senegara mereka dari China di pentas final.

“Memang tidak boleh berpuas hati (dengan prestasi) kerana masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Bagi saya, ini hanyalah sebagai permulaan untuk kami berdua dan kami tidak akan mudah berputus asa.

“Bagi saya, sekiranya Su Yin boleh menampilkan aksi lebih berani dalam perlawanan, barulah kami boleh mendapat gambaran jelas mengenai corak permainan sendiri,” katanya.

Pang Ron yang merupakan adik kepada bekas pemain beregu wanita No. 1 negara, Vivian Hoo, menganggap mereka sudah menampilkan aksi terbaik, namun pengalaman menjadi perbezaan buat kedua-dua pasangan.

“Memang permainan kami masih baik tetapi mereka lebih berani dan bijak sepanjang perlawanan. Bagaimanapun, saya fikir kami sepatutnya boleh menampilkan aksi yang lebih baik,” jelas Pang Ron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI