fbpx

‘Nampak sangat classy Tengku Natasha, naik seri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Natasya Puteri mengenakan busana berwarna biru cair pada Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Berinai malam ini.
PETALING JAYA – Orang ramai memuji kecantikan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai yang berlangsung pada malam ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna terpegun melihat kecantikan isteri Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah selain turut memuji busana pengantin pada istiadat tersebut.

“Cantiknya baju tu, naik seri pengantin sesuai sangat,” kata Afaa.

“Terpegun tengok keanggunan Tengku Natasya. Beruntung Tengku Muhammad dapat isteri cantik,” puji Iszah.

“Nampak sangat ‘classy’ Tengku Natasya, berjalan sambil diiringi gamelan,” kata Noh.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI