fbpx

Muay thai mampu ke Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIFDEAN (kiri) pernah dijemput membuat demonstrasi sukan muay thai sewaktu Olimpik Paris 2024 sebelum ini. - FB MOHD. RIFDEAN

JAGUH muay thai negara, Mohd Rifdean Masdor menyatakan hasrat untuk mewakili negara di pentas Sukan Olimpik suatu hari nanti dan berharap sukan muay thai akan dipertandingkan pada acara berprestij berkenaan.

Olimpik Paris 2024 yang berakhir Ogos lalu bukan sahaja mempertandingkan sukan wajib tetapi turut menjadi lokasi memperkenalkan acara berpotensi dipertandingkan dan muay thai antara yang terpilih dipertontonkan pada edisi berkenaan.

“Bagi saya, ia tidak ada beza kerana ini sebagai demo untuk saya, tetapi saya rasa bangga kerana dapat merasai Olimpik walaupun ia sekadar demo. Saya anggapnya sebagai Olimpik yang sebenar dan saya lakukan yang terbaik.

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia. Ini adalah pembakar semangat untuk pasukan, keluarga dan untuk diri saya sendiri,” kata Rifdean kepada Kosmo! baru-baru ini.

Pada Mac lalu, Rifdean melakar kemenangan bergaya pada penampilan sulungnya selepas mengambil masa kurang 90 saat untuk menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai menerusi Technical Knockout (TKO) dalam ONE Championship di Bangkok, Thailand.

Dalam masa sama, jurulatih muay thai negara, Bernard Radin berkata, sudah tiba masanya sukan itu diberi perhatian di seluruh dunia dan berharap penganjuran Sukan Olimpik seterusnya akan menyenaraikan muay thai sebagai salah satu acara di Los Angeles 2028 (LA28).

“Peluang untuk kita mendapat pengiktirafan sentiasa ada tetapi kita perlu menunjukkan diri kita. Muay Thai bukan sekadar sukan biasa. Ia mempunyai nilai tradisi yang tinggi dan merupakan sukan yang telah beribu tahun lamanya. Peluang itu ada, memang ada,” kata Bernard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI