fbpx

LTAT hulur sumbangan, perkukuh usaha MALBATT di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis penyerahan sumbangan keperluan asas daripada LTAT dan kumpulan syarikatnya kepada kontinjen MALBATT 850-12 diwakili oleh Komander Kol. Johan Effendi Mohd Shalleh.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama kumpulan syarikatnya mengisytiharkan sokongan terhadap Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di Lebanon, semalam.

Sokongan berkenaan dibuat menerusi sumbangan yang bernilai lebih RM75,000 merangkumi beg sekolah, set alat tulis, tuala, lampin bayi, dan vitamin untuk membantu komuniti yang terkesan di Lebanon.

Ketua Eksekutif LTAT, Ashraf Radzi, berkata, ia bukti komitmen sokongan LTAT dalam menyokong usaha anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Misi Civil-Military Coordination (CIMIC) MALBATT 850-12.

“Ia merupakan sumbangan Boustead Holdings Berhad, Boustead Plantation Berhad, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Boustead Heavy Industries Corporation, Boustead Properties Berhad dan Pharmaniaga Berhad,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya berbangga dapat menyumbang keperluan asas seperti yang dimohon oleh kontinjen MALBATT 850-12 berkenaan di Lebanon.

“Ikhtiar ini menunjukkan kerjasama kolektif LTAT dan kumpulan syarikatnya.

“Setiap entiti bersatu memberi sokongan khusus untuk misi ini melangkaui sempadan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI