fbpx

Liga Super: Selangor dapat tonik jumpa JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLWAN (tengah) berjaya meledak satu gol menewaskan Jeonbuk dalam aksi ACLE malam kelmarin. - FARIZ RUSADIO
PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui kejayaan mengejutkan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors menaikkan moral pasukan menjelang perlawanan Liga Super bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Ahad ini.
Pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kelmarin, Gergasi Merah memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Jeonbuk dengan keputusan 2-1.
Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor kini memimpin carta Kumpulan H menerusi tujuh mata sekali gus memintas Jeonbuk yang kekal dengan enam mata.
Menurut Nidzam, tumpuan selepas ini pastinya terarah pada perlawanan ‘panas’ menentang skuad Harimau Selatan sebagai pendahulu Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya nanti.
“Saya rasa aksi selepas ini adalah kejohanan yang berbeza. Secara jujur, (masih terlalu awal) untuk komen mengenai perkara itu kerana apa yang penting proses pemulihan pemain.
“Beraksi (kompetitif) ketika ini agak sukar dengan keadaan cuaca yang kering serta panas dan anda boleh lihat pasukan lawan (Jeonbuk) pun agak bergelut.
“Namun, sudah pasti kita akan beri yang terbaik (bertemu JDT) minggu ini,” katanya.
Pada perlawanan kelmarin, dua gol Selangor dijaringkan oleh kapten pasukan, Harith Haiqal dan pemain import, Ali Olwan, manakala pasukan pelawat pula meraih jaringan tunggal menerusi Kwon Chang-hoon.
Mengulas mengenai aksi tersebut, Nidzam memuji keupayaan pasukan untuk mengekalkan prestasi konsisten dan disiplin dalam usaha meraih tiga mata penuh.
“Saya rasa kita mengharungi perlawanan yang bagus meskipun dibelenggu kecederaan pemain utama sebelum ini. Pujian wajar diberikan kepada barisan pemain termasuk tonggak simpanan yang masuk pada babak kedua.
“Pasukan beraksi ikut taktikal pelan yang ditetapkan tetapi masih ada beberapa ruang yang boleh diperbaiki kerana bermain di peringkat Asia adalah berbeza,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI