fbpx

Kibar bendera China: Polis panggil penganjur bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi memaklumkan polis telah memanggil penganjur perarakan berhubung isu mengibarkan bendera negara China di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.

IPOH – Polis memanggil penganjur perarakan untuk diambil keterangan susulan pengibaran bendera negara China di Dataran Menara Condong, Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihak penganjur juga diminta mengemukakan senarai nama peserta dari China untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan mendapati perarakan berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu turut melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing dipercayai dari China untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azizi, aduan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 12.39 tengah malam tadi.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.

Beliau turut menasihati mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan supaya menghantar notis kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI