fbpx

Kereta buruk harga lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta model Iso Grifo A3/L Spider keluaran tahun 1964 ini dipenuhi debu dan kotoran. - Jam Press

LONDON – Sebuah kereta jenama Iso Grifo klasik yang tersadai di dalam bangsal selama 46 tahun dijangka dilelong pada harga £765,000 (RM4.3 juta), lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Kereta model Iso Grifo A3/L Spider keluaran tahun 1964 itu terbiar sehingga dipenuhi karat, debu dan kotoran.

Kenderaan tersebut dimiliki seorang penerbit televisyen bernama Greg Garrison pada 1973, sebelum dibeli pula oleh pengumpul kenderaan terkenal, Rudi Klein.

Ia dilengkapi enjin V-8 yang mampu menghamburkan 300 kuasa kuda dengan kelajuan mencecah 171 kilometer sejam.

Meskipun dalam keadaan hampir sempurna, kereta itu memerlukan kerja pembaikan, pembersihan serta pemulihan.

Jurucakap firma RM Sotheby’s berkata: “Ini adalah masa untuk memulihkan Grifo Spider yang unik ini selepas puluhan tahun bersembunyi.”

Kereta itu bakal dilelong dalam acara lelongan The Junkyard: The Rudi Klein Collection’di Los Angeles menjelang 26 Oktober ini. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI