fbpx

Juara WSBK mahu pakej lengkap ke MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZGATLIOGLU dan pasukannya bercadang untuk beralih ke perlumbaan MotoGP pada tahun 2026. - TOPRAK_TR54

LONDON – Juara Dunia WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu mendedahkan hasratnya untuk beralih ke Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2026 tetapi menolak kemungkinan untuk menerima kontrak bersama pasukan satelit seperti dilakukan Marc Marquez tahun ini.

Pelumba Sepanyol, Marquez membuat keputusan mengejut apabila bertekad meninggalkan pasukan utama Honda dan sanggup turun pangkat beralih menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini pada tahun ini kerana ingin mencari kemenangan semula.

Bagaimanapun, Marquez membuktikan kemampuannya biarpun menggunakan jentera setahun kebelakang tetapi dia mampu mencipta tiga kemenangan sebelum berjaya mendapatkan tempat dalam pasukan rasmi Ducati untuk musim 2025.

Pengurus Razgatlioglu, Kenan Sofuoglu berkata, anak buahnya itu mahu terus mendapatkan kontrak bersama pasukan utama apabila tiba masanya.

“Kami bercadang ke MotoGP pada tahun 2026. Itulah matlamat utama kami. Tetapi jika tidak ada tawaran yang sesuai, kami mungkin akan kekal di WSBK.

“Kami mahu pakej lengkap daripada pasukan kilang seperti Jorge Martin bersama Pramac. Kami tidak berminat dengan tawaran seperti diterima Marc Marquez bersama pasukan satelit seperti Gresini,” katanya.

Prestasi cemerlangnya di WSBK membuatkan ramai pengeluar MotoGP dijangka memantau keputusan Razgatlioglu untuk tahun 2026.

Dengan perubahan besar dalam barisan pelumba MotoGP pada tahun depan termasuk Pramac yang beralih daripada Ducati ke Yamaha, masa depan Razgatlioglu semakin menarik untuk diperhatikan.

Apa yang pasti, pelumba Turkiye itu hanya akan ke MotoGP jika ditawarkan menyertai pasukan utama dan bukan kontrak pasukan satelit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI