PETALING JAYA – Seluruh Kedah kekal berada dalam senarai negeri yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir.
Selain Kedah, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut menjangkakan enam lagi negeri termasuk Perlis dan Pulau Pinang mengalami cuaca buruk sama sehingga pukul 9 malam ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).
“Turut mengalami ribut petir adalah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin) dan Johor (Mersing),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE