fbpx

Dua lagi laporan polis ke atas pelajar IPT perdaya NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar IPT direman bagi membantu siasatan kes tipu NGO di Mahkamah Majistret Jitra, semalam.

ALOR SETAR – Selepas ditahan kelmarin, dua lagi laporan polis dibuat terhadap pelajar sebuah universiti di negeri ini yang didakwa memperdaya beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa tahun lalu.

Menurut wakil Pertubuhan Kebajikan Seberang Perai, Pulau Pinang, Eng Hiap Boon, laporan pertama dibuat seorang pengurus syarikat di Balai Polis Teluk Intan, Perak pada pukul 11.12 pagi semalam melibatkan wang RM19,100 yang dipindahkan ke akaun suspek pada Disember lalu.

Laporan kedua pula katanya, dibuat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam oleh wakil seorang NGO di situ.

“Untuk kes di Teluk Intan, pelajar itu menghubungi individu berkenaan sambil menangis dengan alasan tidak mampu membayar tunggakan yuran RM5,000. Atas rasa simpati, individu itu kemudian membuat pindahan wang RM1,000 pada hari sama.

“Pengurus itu turut menghantar butiran remaja berkenaan kepada kenalannya. Dalam masa empat hari, sebanyak RM18,160 dikumpulkan untuk didermakan kepada pelajar berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hiap Boon berkata, modus operandi digunakan terhadap mangsa dari Teluk Intan itu hampir sama dengan tindakan dia cuba menipu Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal baru-baru ini.

“Dalam kes di Bukit Mertajam, saya difahamkan pelajar itu bertemu wakil NGO yang membuat laporan polis pada September 2023 bagi meminta bantuan. Wakil NGO itu mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa lain sebelum bersetuju memberi bantuan yuran pembelajaran RM2,500.

“Kerana kasihankan pelajar itu, naib pengerusi NGO berkenaan turut memberi bantuan tunai RM1,000 kepada pelajar tersebut beberapa hari kemudian. Setelah kegiatannya dibongkar beberapa hari lalu, wakil NGO membuat laporan polis sebagai rujukan pihak persatuan selain mahu siasatan dijalankan terhadap perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI