fbpx

DBKL gempur Pasar Borong KL, sita barang niaga warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan perniagaan warga asing yang disita oleh penguat kuasa DBKL.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan sebanyak lima tindakan sita terhadap barangan perniagaan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk proses rekod dan dokumentasi,” katanya.

Tambahnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI