PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di empat negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
“Hujan lebat dijangka melanda Kedah meliputi daerah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu selain seluruh Pulau Pinang.
“Sementara di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung, manakala Selangor di Klang, Kuala Langat dan Sepang,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE