fbpx

Wanita reka cerita dipaksa jadi pelacur dalam ‘podcast’ didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar podcast di TikTok yang memaparkan pendedahan wanita tersebut.

GEORGE TOWN – Seorang wanita yang mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along di negeri ini menerusi sesi audio siar (podcast) di TikTok baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut sebelum ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum.

“Wanita tersebut akan didakwa di mahkamah esok dan pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. Video tersebut telah dipadam oleh individu yang memuat naik kandungan tersebut di laman sosial (TikTok),” katanya di sini hari.

Sebelum ini, seorang wanita berusia 26 tahun menghubungi pengendali podcast di TikTok dan mendakwa berada di Pulau Pinang serta dipaksa menjadi pelacur sejak Februari lalu selepas bapanya berhutang dengan ceti haram.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kisah wanita tersebut adalah tidak benar selepas pihaknya menjalankan siasatan terperinci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI