fbpx

[VIDEO] Lelaki menyamar rider ragut loket RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian ragut di Taman Universiti Indah, Sri Kembangan, Seri Kembagan, Selasa lalu.

SERDANG – Seorang wanita mengalami kerugian RM3,000 selepas rantai loket miliknya diragut seorang lelaki yang berpakaian seakan penghantar makanan dalam kejadian di Taman Universiti Indah, Sri Kembangan, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa berusia 37 tahun memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 1 petang di kaki lima sebuah kedai sekitar kawasan itu.

“Suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru telah meragut rantai berloket milik mangsa bernilai RM 3,000. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes ragut itu.

“Kita masih giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan perlakuan jenayah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat memaparkan seorang wanita diragut seorang lelaki yang berpakaian seakan penghantar makanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI