fbpx

Tiga strategi tingkatkan pengeluaran koko di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (dua dari kanan) ketika menghadiri Hari Terbuka Lembaga Koko Malaysia (LKM) Bagan Datuk 2024 di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Koko Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan melaksanakan tiga strategi meningkatkan pengeluaran koko negara sekali gus berpotensi menjana kekayaan untuk pekebun kecil tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perancangan pertama ialah memastikan kira-kira 6,000 hektar kawasan penanaman sedia ada dikekalkan, selain menambah lagi keluasan kawasan penanaman komoditi tersebut.

“Kedua, kita akan memastikan baka atau biji benih yang ditanam pekebun berkualiti dan boleh memberikan penghasilan buah yang banyak atau tinggi,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Lembaga Koko Malaysia (LKM) Bagan Datuk 2024 di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Koko Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Menurut Johari, strategi ketiga ialah LKM harus mengadakan lebih banyak kursus bagi melatih pekebun kecil dan bakal pekebun kecil koko melakukan sistem tanaman yang berasaskan piawaian tinggi.

Jelasnya, difahamkan R&D Bagan Datuk berpotensi untuk dijadikan pusat rujukan penanaman koko dalam skala besar di negara ini termasuk pernah menghasilkan hampir 100,000 biji benih untuk digunakan.

Tambah Johari, usaha itu dilakukan berikutan potensi besar terdapat pada komoditi tersebut yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam penghasilan produk makanan, selain menjadikannya salah satu produk keterjaminan makanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI