fbpx

Tiga lagi termasuk wanita Vietnam direman 7 hari culik ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek warga Vietnam dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman berhubung kes penculikan ahli perniagaan.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki dan seorang wanita warganegara Vietnam direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penculikan seorang ahli perniagaan di daerah ini, 13 Oktober lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar, pagi tadi.

Tahanan reman sehingga Rabu itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap kesemua suspek mengikut Akta Penculikan 1962.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di sekitar kawasan Batu Pahat.

Dua suspek lelaki tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 8.40 pagi manakala suspek wanita pula tiba satu jam kemudian, kesemua mereka berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar dilaporkan berkata, pihaknya telah menahan 13 individu berusia 23 hingga 58 tahun itu dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini bermula pukul 9 malam, semalam.

Beliau berkata, salah seorang daripada yang ditahan itu merupakan ahli keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI