fbpx

‘Terharu lihat perjalanan indah Nora Danish mendekati Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA mendoakan Nora terus istqamah melakukan kebaikan.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Lisa Surihani menzahir rasa kagum melihat usaha penghijrahan rakannya, Nora Danish memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Lisa, 38, mendoakan agar Nora diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah melakukan kebaikan bagi mendapat reda Allah.

Pemilik nama lengkap Lisa Surihani Mohamed itu turut memuji kecantikan Nora, 42, yang kini berhijab.

“Berasa sangat bertuah apabila berpeluang bertemu dengan rakan baik saya yang cantik. Sentiasa nampak jauh lebih muda daripada saya.

“Sangat mengharukan apabila dapat menjadi saksi kepada perjalanan yang indah anda mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya dalam Instagram.

Pelakon filem Cicakman 3 itu turut mendoakan Nora diberikan keteguhan iman agar dapat melakukan kebaikan ikhlas kerana Allah.

Pada masa sama, dia juga tidak menyangka sudah lebih dua dekad mengenali pelakon yang popular dengan drama Puteri itu.

“Tidak sangka, pejam celik kita sudah 24 tahun saling mengenali antara satu sama lain.

“Semoga Allah menempatkan kita semua bersama dalam kalangan orang beriman. Diberikan kekuatan iman agar dapat menjalankan ibadah dengan sifat ihsan,” katanya.

Sekadar info, Lisa dan Nora pernah bergandingan dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 pada 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI