fbpx

Tawar tidur dalam bilik sebelum noda remaja 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU GAJAH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki yang baru dikenalinya di sebuah asrama pekerja di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian menimpa pelajar tingkatan tiga itu terbongkar berikutan laporan polis dibuat ibunya selepas dia tidak pulang ke rumah sebaik selesai sesi persekolahan.

“Berdasarkan siasatan, remaja itu telah pergi berjumpa teman lelakinya di suatu tempat sebelum berkenalan dengan seorang lelaki lain ketika berkeliaran di sekitar Batu Gajah.

“Mangsa kemudian dibawa makan dan diajak pergi ke sebuah asrama pekerja di mana dia ditawarkan masuk ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, lima lelaki warga tempatan yang berada di asrama itu bagaimanapun telah masuk ke dalam bilik berkenaan dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Katanya, kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 10.22 malam, Isnin lalu.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah berjaya mengesan mangsa di asrama tersebut dan membawanya pulang untuk soal siasat.

“Bertindak atas maklumat, lima lelaki berusia antara 18 hingga 27 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Semakan kesalahan lampau mendapati dua lelaki berusia 27 tahun memiliki rekod bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI