fbpx

Sudah terima laporan penuh tanah runtuh Taman Melawati – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembaikan di lokasi tanah runtuh masih berjalan. FOTO oleh AMIR KHALID/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan negeri sudah menerima laporan penuh berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang yang berlaku minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan itu diserahkan beberapa agensi dan jabatan yang melakukan siasatan berhubung bencana tersebut.

“Laporan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya. (Sama ada hasil laporan akan dimaklumkan kepada umum) Saya dan Exco akan teliti dahulu,” katanya ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyerahan tiga buah khemah Pos Kawalan Tempatan Kejadian kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mewakili Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Hujan lebat sejak awal pagi 15 Oktober lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati menyebabkan penduduk terpaksa berpindah sebelum dibenarkan pulang dua hari kemudian.

Amirudin menjelaskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya memasang dinding penghadang sementara di lereng bukit bagi menghalang gelongsoran tanah pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI