fbpx

Suami maafkan isteri curang sebelum dihalau dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tone bersedia memaafkan isterinya yang curang dengan Ek. - KomChadLuek

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Buriram, rantau Isaan bersedia memaafkan isterinya walaupun mendapat tahu bahawa wanita itu menjalin hubungan sulit dengan seorang sami, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Namun, nasib tidak menyebelahi Tone, 31, apabila isterinya menghalau dia keluar dari rumah dan menuduh dia merosakkan reputasi sami tersebut.

Menurut Tone, dia membuat laporan polis terhadap sami bernama Ek tersebut selepas lelaki itu menghantar video lucah yang memaparkan perbuatan tidak bermoral bersama isterinya.

Pegawai dari Balai Polis Lahan Sai bersama-sama seorang ketua masyarakat setempat kemudian menyerbu tokong yang menempatkan Ek.

Ek mengaku menjalin hubungan dengan isteri Tone dan dia disahkan positif dadah. Dia kemudian ditahan di balai polis sambil menantikan perbicaraan.

Menurut Tone, penahanan Ek tidak memulihkan hubungan dia dan isterinya. Sebaliknya, wanita itu menghalau dia keluar dari rumah dan menuduh Tone merosakkan reputasi Ek.

Tambah Tone, isterinya kemudian pergi ke balai polis untuk mengikat jamin Ek.

Dalam temu bual dengan stesen penyiaran Channel 7, Tone mengaku masih menyayangi isterinya dan bersedia untuk memaafkan wanita itu serta melupakan semua perkara yang berlaku.

Namun, isterinya tidak menghiraukan Tone, sebaliknya memilih untuk bersama kekasih gelapnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI