fbpx

RM90,000 infak Fattah Amin diuruskan masjid terpilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infak RM90,000 hasil komisyen jualan Fattah Amin telah sempurna diagihkan.

PETALING JAYA – Menolak komisyen jualan daging kambing perap, wang berjumlah RM90,000 diinfakkan kepada masjid yang terpilih untuk diagihkan kepada golongan sasaran.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram Pak Mat Western yang mengakui menerima banyak panggilan telefon yang meminta bantuan.

“Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan. Sejak dari semalam, berderu panggilan masuk dan DM (mesej langsung) daripada orang ramai minta pertolongan.

“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” katanya.

Menurut admin syarikat terbabit, pihak mereka tidak mengambil sedikit pun komisyen ditinggalkan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

“Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” ujarnya.

Menerusi akaun Instagram sama, fasa pertama pengagihan dalam bentuk bantuan keperluan harian termasuk bekalan beras sudah diserahkan kepada pihak berkaitan.

Terdahulu, Fattah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Sepanjang tempoh itu, jumlah tontonan mencecah sebanyak 100,000 dengan meraih lebih 44 juta tanda suka.

Sementara itu, Fattah dalam laman sosialnya turut memaklumkan akan mengadakan satu lagi siaran langsung mempromosikan daging kambing atas permintaan ramai pukul 9 malam esok.

Kemunculannya dijangka disertai pemilik Pak Mat Western yang selama ini identitinya tidak diketahui ramai.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI