fbpx

Penunggang Yamaha Y15ZR maut rempuh kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kerbau di kilometer lima, Jalan Tampin - Kuala Pilah, di sini, malam tadi - Foto IHSAN POLIS

TAMPIN – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor kerbau di Kilometer 5, Jalan Tampin – Kuala Pilah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berhampiran Kampung Sri Repah, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang lelaki berusia 20 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Berambai, Johol ke tempat kerja di sebuah kilang dekat Melaka.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seekor haiwan dipercayai kerbau berada di laluan penunggang motosikal dan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar kerbau tersebut.

“Bagaimanapun kerbau tersebut tiada di lokasi kejadian semasa pihak polis tiba di tempat kemalangan. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI