fbpx

Pendaki tahan azab tersepit celah batu 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua kaki Campbell dilihat terjuntai keluar di celah batu. - ViralPress

CANBERRA – Seorang pendaki di Australia mengalami detik cemas apabila terperangkap di celah batu dalam keadaan terbalik ketika cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, lapor akhbar The Sun UK kelmarin. 

Kejadian berlaku di kawasan Lembah Hunter, negeri New South Wales.

Wanita bernama Matilda Campbell dilaporkan tersepit di antara dua batu pada kedalaman tiga meter selama kira-kira tujuh jam.

Gambar yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat menunjukkan kedua-dua kaki mangsa terjuntai keluar di antara dua batu besar itu.

Menurut pasukan penyelamat, mereka terpaksa menarik salah satu batu gergasi seberat 499 kilogram untuk menyelamatkan mangsa. 

“Dia selamat dan hanya mengalami lebam dan luka kecil tetapi telefon bimbitnya gagal diselamatkan,” kata anggota penyelamat. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI