fbpx

Pemandu langgar murid di Port Dickson ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang murid dilanggar kereta di hadapan sekolah di Port Dickson pagi tadi.

PORT DICKSON – Polis menahan pemandu kereta yang melanggar murid dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian pada pukul 7.10 pagi itu membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan kanak-kanak berusia 11 tahun yang sedang melintas jalan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.

“Lelaki itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar seorang murid yang sedang melintas.

“Akibat pelanggaran tersebut, murid itu mengalami kecederaan patah ibu jari kaki kanan, luka di kaki selain tangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Maslan pihaknya menahan pemandu tersebut dan mendapati lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu kereta itu direman selama empat hari sehingga 27 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI