fbpx

Pelajar ketagih judi direman kes tipu bantuan NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar IPT direman bagi membantu siasatan kes tipu NGO di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

JITRA – Pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang disyaki menipu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu suspek yang berusia 23 tahun tiba di pekarangan mahkamah dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi tadi.

Dia kemudian dibawa keluar dari lokap mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi sebelum kembali dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Sebelum ini, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal membuat laporan polis Selasa lalu setelah mendakwa pelajar itu memperdayanya dengan bermodalkan cerita sedih, kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000

Atas dasar simpati, Zuraini memuat naik hantaran di Facebook bagi mengajak orang ramai membantu pelajar berkenaan sehingga menerima sumbangan sebanyak RM1,176 dalam tempoh sejam yang dimasukkan terus ke dalam akaunnya.

Selain Zuraini, pelajar terbabit didakwa pernah melakukan penipuan bernilai hampir RM200,000 melibatkan beberapa NGO lain serta individu ternama bergelar Tan Sri dan Datuk Seri sebelum ini. Pelajar lelaki itu dikatakan bermain judi online. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI