fbpx

Pasar raya di Kampung Masjid terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan menempatkan pasar raya dan lot kedai terbakar dalam kejadian di Kampung Masjid, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Sebuah pasar raya merupakan antara tujuh lot kedai yang terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Pasir, Kampung Masjid, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.54 pagi tadi.

Katanya, seramai 21 anggota BBP Tikam Batu dan Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian dan anggaran kemusnahan adalah kira-kira 40 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI