fbpx

Nekad berubah, impi jadi peguam selepas terlibat kes khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norzaihan (kanan) ketika menyatakan sesuatu kepada Nur dan Siti selepas Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan, hari ini.

SABAK BERNAM – Seorang gadis nekad berubah selepas ditangkap berkhalwat dengan kekasihnya dalam sebuah kereta di kawasan sekitar kampus institut pengajian tinggi (IPT), awal Julai lalu.

Gadis yang mahu dikenali Nur, 24, juga mahu menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang syariah yang hanya tinggal dua semester selepas menamatkan tempoh pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor di sini.

Nur mengakui hanyut angkara cinta dan kejutan budaya meskipun mempunyai latar belakang pendidikan sebagai pelajar sebuah Sekolah Menengah Agama.

“Kejadian itu berlaku ketika baharu pulang dari kedai selepas makan malam dengan kekasih mengajak melepak dalam sebuah kereta di sekitar kampus.

“Penangkapan dibuat oleh warden dan saya kesal sebab tinggal dua semester lagi. Bila dihantar di pusat, saya sesal dan mahu impian jadi peguam tetap tercapai” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan, hari ini.

Sebelum ditangkap dan dihantar ke pusat berkenaan, Nur memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 sepanjang tiga tahun belajar di IPT tersebut.

Anak kedua daripada empat beradik
memaklumkan selepas kejadian tersebut dia langsung tidak mengetahui keberadaan bekas kekasihnya itu yang juga rakan sekelasnya dalam program undang-undang.

“Saya tidak mahu toleh belakang dan langsung mengingati cinta pertama saya tersebut yang membawa kepada kemungkaran.

“Bersyukur sebab keluarga tidak buang saya dan tetap menyokong. Malah, sampai sekarang saya ingat pesan ibu supaya menjadi insan yang kukuh imannya,” ujarnya yang turut menerima Anugerah Pelatih Harapan (Sahsiah).

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Baitul Ehsan dikenali Siti, 29, pengalamannya di pusat tersebut selama enam bulan pada 2016 benar-benar mengajar mendalami ilmu agama.

Dia yang kini merupakan jurusolek menitipkan nasihat terus maju ke depan dengan menjadikan pengalaman gelap sebagai teladan terbaik.

“Alhamdulillah, selepas tamat tempoh pemulihan saya berjaya menamatkan Diploma Kejurawatan dengan CGPA 3.8 sebelum beralih dalam bidang solek.

“Jujur, saya akui memang rindu suasana di sini yang semua tersusun termasuk solat bersama dan belajar Al-Quran. Semua itu saya teruskan bersama suami yang merupakan lelaki sama ditangkap masa kami berkhalwat dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Dr. Norzaihan Mohd Zin menjelaskan seramai 253 pelatih wanita termasuk dari luar Selangor telah berjaya tamat tempoh pemulihan di pusat perlindungan itu.

Tegasnya, kebanyakan kes diterima adalah melibatkan sosial yang berusia 13 tahun ke atas yang mendapat perintah mahkamah.

“Tempoh pemulihan adalah antara enam bulan hingga setahun dengan kuota maksium pelajar adalah seramai 60 orang pada satu masa.

“Kita mendapat peruntukkan sebanyak RM3 juta setahun dan MAIS ketika ini sedang memantapkan pengurusan termasuk blueprint asnaf riqab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI