fbpx

Malaysia ‘hilang’ 16 pingat Sukan Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ pastinya menjadi sandaran utama untuk meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 nanti. - AFP

MALAYSIA dijangka kehilangan sekurang-kurangnya 16 pingat pada Sukan Komanwel 2026 selepas tuan rumah, Glasgow memilih untuk menampilkan versi penganjuran berskala kecil apabila hanya menawarkan 10 jenis sukan.

Sebelum ini, masa depan Sukan Komanwel menjadi tidak menentu ekoran Victoria, Australia, yang asalnya dipilih sebagai tuan rumah membuat keputusan mengejut apabila menarik diri tahun lalu kerana kos penganjuran yang meningkat.

Antara sukan digugurkan kali ini seperti terjun, badminton dan skuasy yang mana Malaysia pernah meraih pingat pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

“Selepas pengumuman semalam (kelmarin), jangkaan awal menunjukkan Malaysia bakal kehilangan 16 pingat daripada sukan-sukan yang digugurkan tetapi kita menghormati kerana ini adalah hak setiap penganjur.

“Sebagai tuan rumah mereka diberikan fleksibiliti untuk memilih sukan untuk dipertandingkan.

“Sama juga bila Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) memberi tawaran kepada kita untuk menjadi tuan rumah dan mereka memberi tahu kita juga layak menentukan sukan kita nak. Oleh kerana kita tak mampu jadi tuan rumah walaupun diiberi geran, tetapi anggaran (menganjurkan) tidak mencukupi.

“Dengan adanya tuan rumah baharu, mereka berhak menentukan sukan yang mereka mahu. Kita masih mempunyai peluang dalam sukan-sukan seperti angkat berat dan boling padang yang kita ada kekuatan,” katanya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketika ditanya mengenai sokongan negara kepada penganjuran Sukan Komanwel kali ini, Hannah yang ditemui pada majlis Perasmian Program ISNNext di Institut Sukan Negara (ISN) semalam menegaskan, tiada keperluan untuk memboikot memandangkan Malaysia mempunyai barisan atlet terbaik.

“Tidak adil jika kita boikot. Kita ada atlet seperti sukan angkat berat dan boling padang yang telah kita labur untuk menjalani latihan. Kita harus tetap hantar, memberi peluang kepada mereka yang berpotensi membawa pulang pingat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI