fbpx

Liga Super: Sri Pahang tagih ‘bisa’ Ahapov

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahapov (kiri) menjadi sandaran skuad Tok Gajah untuk merobek KDN FC malam esok. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Penyerang import, Mykola Ahapov kini menjadi harapan baharu Sri Pahang FC untuk mendapatkan gol ketika menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam esok.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad yakin pemain itu mampu untuk memberi berita gembira buat skuad tok gajah nanti.

“Saya percaya keyakinan Ahapov untuk beraksi lebih baik dan percaya diri untuk menjaringkan gol sudah pasti digunakan ketika bermain di terutama di hadapan penyokong sendiri,” katanya kepada Kosmo!.

Sebagai rekod, Ahapov berjaya menjaringkan gol untuk Sri Pahang ketika berjaya membawa pulang tiga mata ketika bertemu Penang FC di Stadium Bandaraya baru-baru ini.

Sementara itu, Fandi mengakui gembira kerana dapat bermain di Temerloh walaupun Kelantan dianggap sebagai tuan rumah pada perlawanan nanti.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan semalam mengumumkan pindaan jadual perlawanan Liga Super membabitkan perlawanan Sri Pahang menentang Kelantan Darul Naim berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Pindaan itu dipersetujui kedua-dua pasukan kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan masih dalam kerja naik taraf padang dan KDN akan menjadi pasukan tuan rumah pada perlawanan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI