fbpx

Liga Europa: United harapkan sentuhan Hojlund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND menjadi pertaruhan penting United dalam usaha merobek gawang Fenerbahce untuk meraih kemenangan pertama pada aksi Liga Europa musim ini. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Penggempur legenda Manchester United, Dimitar Berbatov menggesa penyerang pasukan itu, Rasmus Hojlund meningkatkan rasa ‘marah’ dalam dirinya menjelang pertemuan menentang Fenerbahce pada aksi Liga Europa awal pagi esok.

Hojlund hanya berjaya meledak 18 gol dalam 49 penampilan sejak menyertai United pada musim panas tahun lalu dari Atalanta ekoran beberapa siri kecederaan yang dialami termasuk terlepas banyak aksi awal musim ini.

Berbatov percaya, pemain berusia 21 tahun itu perlu mengubah sedikit minda dan menjadi lebih agresif dalam usaha menjadi penggempur yang berada dalam kelompok elit di Eropah.

“Saya fikir sebagai seorang penyerang, dia perlu lebih banyak menuntut dan berasa marah jika tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan. Dia tidak perlu terlalu ‘sopan’ dalam perlawanan dan sentiasa memberikan cabaran kepada pemain lawan di sekelilingnya.

“Dia harus ‘kerap’ meminta bola dari;ada rakan sepasukan yang lain. Saya selalu melihatnya tanpa bola dan berlari di bahagian belakang pertahanan lawan, tetapi tidak ada rakan sepasukannya yang menyedarinya.

“Situasi itu menyebabkan bola tidak sampai kepadanya. Itu sepatutnya menimbulkan kemarahan kepada anda sebagai seorang penyerang dan anda mempunyai alasan untuk marah,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali United, Erik Ten Hag percaya bahawa Hojlund perlu fokus dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan bagi memastikan dia tidak berdepan kecederaan berulang.

“Apa yang penting dia perlu kekal cergas. Dia berdepan banyak kecederaan pada musim pertama, namun apabila dia cergas dia mampu menjaringkan gol,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI