fbpx

Lelaki pandu melulu ceroboh sekolah, langgar pelajar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BERUAS – Seorang pelajar perempuan cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya dan menceroboh masuk ke kawasan sebuah sekolah menengah di Pantai Remis dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.23 petang itu, pelajar perempuan berusia 13 tahun yang sedang menjalani latihan bola tampar bersama pelajar lain, cedera di kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, sebelum itu kereta jenis Myvi dipandu seorang lelaki secara melulu dan melanggar pagar gelanggang bola keranjang di Taman Bintang di Pantai Remis sehingga roboh.

Menurutnya, suspek yang berusia 47 tahun kemudian terus beredar dari kawasan sekolah selepas kemalangan tersebut dan berjaya ditahan polis pada pukul 6.50 petang.

Tambahnya lagi, suspek dirujuk ke HSM untuk rawatan lanjut memandangkan keadaan mentalnya yang didapati tidak stabil.

Tegas beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240392 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 bagi membantu siasatan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI